Salam sejahtera,
Entry kali ni sofea nak cite pasal mesin jahit. New beginner dalam bidang jahitan, perkara
pertama yang mesti kita tahu adalah jenis mesin jahit yang bakal kita guna
untuk menjahit baju. Seingat sofea, dulu
mula-mula nak terjun dalam bidang jahitan ini, mesin jahit pertama yang dibeli
yang portable kecik jer.. masa tu mula-mula nak belajar. Asalnye nak belajo
solekan dan Andaman. Sebab tengok dalam
iklan paper ada kursus tu part time. Masa ni blom habis belajo lagi kat UM.
Final year. Lagi pun 1 subjek je tinggal. Minat kepada yang cantik.. tu yang
teruja nak belaja solek. Dulu tak tahupon ada GIATMARA yang ada kursus
solekan. Punya jauh masa tu kolej tu kat
Gombak. Transpot awam pon tak banyak. MRR2 blom ada lagi. Lepas telefon owner
dia, pegila naikbas. Berenti sikit punya jauh kat depan Mc. Donald. Skg dah
jadi Gombak Prima.. (lebih 10tahun). Menapak la dalam kepanasan. Sampai sana
jumpalah dengan owner dia nama Pn. Dilla. Dia kata kursus solek tak start
lagi..kalau nak jahitan adalah. Loh.. sofea tak minat jahit..cano.. dia kata
dia buleh gerenti dalam masa 4 hari leh pandai jahit baju kurung. Piker-pikir punya piker..ambik je lah..
dengan kos yuran empat ribu lebih hutang ngan tabung kemahiran. Seingat ahkak
blnc yang masuk kat kitaorg Cuma 300 lebih jer.
Masa tu banyak tuh 300.. punya nak belajo kang. Sanggup bayor walaupon
berutang. Skg ni rasa macam nak marah bila ada orang komen pasal bayar mahal
buat kelas, ciplak hakcipta orang senang2.. sbb kita dulu-dulu sanggup bayar
riban2 nak tuntut ilmu. Ada setengah tu
da bagi free pon sempat lagi komen macam.2.. aduh sorrylah terimbau kenangan
lama plak.
Nak jadi cite selama 1 tahun lebih jugak habiskan diploma
jahitan tu dengan sijil SKM Tahap 2 skg
dah dapat tahap 3 . Syukur
Alhamdulillah. Dalam tak minat langsung nak menjahit tetiba je terjerumus dalam
bidang ni. Orang yang paling gumbira adalah mak ahkak sebab dia juga tukang
jahit.
Lol.. megarut lagi.. nak citer pasal mesin jahit kan. Okay
Mesin jahit pertama ahkak.. masa mula belajar jahit itulah
yang pertama di ajar jahit lurus buat bulatan. Harga mesin jahit ni RM59.90.
sangat ringan dan boleh bawak kemana-mana.
Motor dia boleh guna tangan atau kaki. Cuma bila menjahit tu bunyi dia masyaallah..kuat cakap ko dik
nong.. kalau ada baby terkejut beruk baby nanti. Satu lagi disebabkan dia
terlampau ringan bila kita menjahit dia akan bergerak tak kena gaya boleh
jatuh.. jadi nak kena pegang dan tekan badan dia masa jahit. Kesimpulannya. Mesin ni. Sesuai untuk jahit
masa darurat je, contohnye kalau g outsatation zip terkoyak ke, seluar koyak ke
boleh guna mesin ni. Dan nak jahit sample kain boleh la2.
Mesin kepala hitam ada macam-macam
jenama. Mesin mak ahkak jenama Singer. Tapi
mesin mak ahkak tu tahan lama . katanya zaman dia anak dara lagi sampai la
sekarang dok guna yang tu je la dok menjahit. Cuma tukar pakai motor dah skg.
Tak pakai kayuh dah. nilah rope mesin mak ahkak tu.. nampak sangat dah senior kan. dah hampir 60 tahun umur dia. sampai skg masih berfungsi. dan sampai skg lah mak ahkak dok menjahit guna mesin ni. soh tukar ngan mesin besar industri tak mo. di jualnya. hu3..
ahkak bagi dia mesin jahit tepi jenama konwa. banyaklah mesin portable yang ahkak kasi kat dia. tapi mesin ni (kepala hitam) jugak yang dia guna.mesin portable dia guna untuk jahit sulam simple ngan lubang butang. tupun dah berapa biji ahkak kasi..yang lekat ngan dia yang ni jer ..jenama singer gak. majoriti mesin ahkak ni jenama singerlah.
oklah jom kita kenal jenis-jenis mesin..
Untuk begginer 3 jenis mesin ni biasanya kita kenal dulu dan akan guna;
1. Mesin Jahit Lurus
2. Mesin Jahit Tepi
3. Mesin Sulam
ni hakak bagi gambar-gambar jenis mesin yang ahkak ambik dari tenet.
Kepada sapa-sapa yang nak beli mesin jahit boleh beli ngan www.krafezee.com sbb tengah2 cari gambar mesin terjumpa blog ini yang menawarkan pelbagai jenis mesin jahit dan harga dia agak murah berbanding dengan harga yang ada dikedai-kedai. kebanyakan mesin yang akak beli jauh lebih mahal kalau nak banding harga yang ditawarkan oleh krafezee. ( kepada owner krafezee. mohon ampun sbb ambik gambar2 mesin dari web online tuan untuk entry ni)
tapi serius murah harga yang ditawarkan oleh krafezee ni. mereka juga ada jual online. tak caya cuba klik link ni. http://www.krafezeeonline.com
ni beberapa gambar mesin yang ahkak sebutkan diatas yang diambil dari web kraf ezee.
Semoga bermanfaat. tq